Thursday, 29 August 2013

ASMA UL HUSNA



KHAS BUAT MUHAMMAD ADAM BIN ABU BAKAR
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH
DAN BEROLEH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Monday, 19 November 2012


WAKTU MUSTAJAB  MENDIDIK ANAK-ANAK



 1        WAKTU ANAK SEBELUM TIDUR

        (LEBIH KURANG 10 MINIT SEBELUM TIDUR)

a)  Baca Fatihah (1 kali) 
b)  Baca Ayat Kursi (1 kali)
c)   Baca Surah al- Insyirah(1 kali)
d)   Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

2      WAKTU ANAK SEDANG TIDUR 


     (Baca ayat-ayat di atas kemudian buat seperti di atas.)

3     WAKTU ANAK BANGUN TIDUR

4       WAKTU ANAK SELEPAS MANDI

5    WAKTU ANAK SELEPAS SOLAT

    6  WAKTU ANAK SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

** Kalau anak yang berjauhan seperti tinggal di asrama.
a)  Baca ayat-ayat di atas kemudian bayangkan wajah anak sebaik-baiknya di  waktu anak sedang tidur.
b)     Bacalah doa untuk anak dan berilah nasihat dari jauhInsya Allah sampai.
c)      Sebaik-baiknya selepas solat tahjud, hajat dan taubat.

7   WAKTU ANAK SELEPAS RIYADAH

 *** ANAK YANG TIDAK BALIK KE RUMAH
 a)     Sedekah fatihah kepada Rasul (1 kali) 
      b)   Sedekah Fatihah kepada anak binkan kepada ibu.
      c)  Baca surah Yusuf ayat 4. Apabila sampai ayat(LIS SAJIDIN baca 3 kali) …    
          bayangkan wajah anak serunamanya agar balik ke rumah.     
      d) Sebaik-baik buatlah solat-solat sunat di atas.


ANTARA DOA-DOA UNTUK ANAK-ANAK

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128  
                                                       Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ
 أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ
أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38  
Doa agar anak2 mengerjakan Solat

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.”
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
                                                                 SURAH TAHA AYAT 1-6

طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74
 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.


DOA-DOA LAIN
 







Sunday, 23 September 2012


SECEBIS BICARA


Alhamdulillah syukur saya keHadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya  dapat saya menghasilkan blog ini bagi melengkapkan Kerja Kursus BMM 3105 selain bertujuan memberi pendedahan dan penyampaian maklumat serta ilmu ICT kepada pengunjung blog. Terima kasih tidak terhingga buat Pensyarah Pembimbing BMM 3105 Kelas BMMC, Encik Razali bin Mohammad yang tidak berputus asa membimbing. Buat teman-teman yang sudi berkongsi idea dan buah fikiran sepanjang menghasilkan blog ini. Tidak lupa juga buat "blogger" lain yang memberi ruang untuk saya berkongsi ilmu yang ada. Terima kasih semua.Semoga ilmu yang dikongsi ini bermanafaat buat semua.


MUTIARA KATA











Thursday, 20 September 2012

TAJUK 15 SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG.

 

 

TAJUK 15

 

SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG.

 

15.1    Seminar

Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :

A)      Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P 
       Bahasa Melayu.

B)    Penggunaan komputer di sekolah.

C)    Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa.  
 Melayu.
D)   Pengaplikasian teknologi maklumat dalam Pengajaran
                    komputer    di sekolah.

15.2    Pameran

Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.
 Jenis-jenis pameran:

BIL
PERKARA
HURAIAN

    1
Pameran tetap

Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat


2
Pameran Temporer

Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan


3
Pameran Keliling

Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.
       

TAJUK 14 BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


TAJUK 14
BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

i.     Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
ii.   Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
iii.  Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

KONSEP CAKERA PADAT
•   CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.
•   Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
•   Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1).
•   Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

CARA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA
•   Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
•   Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan,  
    manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
•   Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili
    dengan binari 1.
•   Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada
    kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
•   Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan
    berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
•   Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
•   Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang
    3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula
    dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEithYmZxwizIkxOVkXeM7vXjf3Vt8c_mNKFaA-FqOgLLp7e4ay8MoKCEPElnqK-nI8VrE8-xV3L_KcwYr4nGwJHmycQGrZhmqbBbfvxiji5iEEPhuVFoEHcMR7ZbLcpEvSzeOCLsk0tIAg/s320/81.JPG


JENIS-JENIS CAKERA PADAT

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi10zuds98JmejmW4TBCo5JqR-fI0Dw17U2dLIJ6wr1J57v0Q9gMNVPq-OBO8IPsb8-EF3Jjv2WCB9EQBKtq8N0v5bScSZ1MzB27I55ZusJZr3Rmftwn8Z2-fe_sa30vj4aM5QCmkCd0kU/s320/82.JPG

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4ReQfXX7S6QV6E3wDmgDYz3czyvG3geWkqu6BB_ZUhvJwIuCFgaDhzJsLoO1SMH10yFQW4ukDP5nRly3cTrjTGeeLbtDAJdpKguWO14CYUUNZVwSIbmplWgi7-IRqVRl9Hs20U2lKH3A/s320/83.JPG
14.1    Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
                                  
Description: C:\Users\win7\Documents\rbt\minggu-14-bengkel-cakera-padat_files\M141.PNG
Contoh Jenis Cakera Padat
14.2    Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu

Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
14.3    Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.


AKTIVITI

JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
 
      Cakera sastera seperti pantun, syair     
      atau cerpen pendek.
TATABAHASA
  
      Cakera latihan tatabahasa