TAJUK 12
MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
i. Menggunakan
alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa
sukatan
pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
ii. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa
Melayu dengan menggunakan
alat pengarangan
12.1 Pengenalan
Alat
pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data
supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk
hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat
oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan
merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini
merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu
karangan.
Jenis-jenis
Alat pengarangan
a) Terdapat pelbagai jenis
alat pengarangan multimedia yang berasaskan kepada
metafora
turutan atau organisasi elemen multimedia.
b) Antaranya ialah:
Kad
atau alat berasaskan muka surat
o Elemen
multimedia disusun sebagai muka surat buku atau himpunan kad.
o Beribu
himpunan elemen dikumpul dalam satu himpunan.
o Pembangun
boleh berpindah dari satu kad ke satu kad sesuai dengan corak atau
struktur navigasi yang ditetapkan.
o Antara
jenis alat pengarangan tersebut
ialahHypercard (macintosh), superCard(macintosh/windows)
& Asymetrix
Toolbook (windows)
Alat
berasaskan ikon/adegan
o Elemen
multimedia/adegan disusun sebagai objek dalam rangka kerja
berstruktur.
o Paparkan
aktiviti aliran gambarajah sepanjang laluan yang bercabang.
o Antara
jenis alat pengarangan tersebut ialahMacromedia
Authoware(macintosh/windows), IconAuthor(windows)
& Quest (windows)
Alat
berasaskan masa
o Elemen
multimedia disusun disepanjang satu garisan masa dengan resolusi
setinggi 1/30 saat.
o Bingkai
grafik akan dimainkan semula mengikut kadar yang ditetapkan oleh
pereka.
o Penambahan
navigasi & kawalan interaktif perlu untuk bergerak kemana-mana
lokasi.
o Antara
jenis alat pengarangan tersebut ialahMacromediaDirector(macintosh/windows).
Bahasa lingodigunakan sebagai bahasa pengaturcaraan.
Bahasa lingodigunakan sebagai bahasa pengaturcaraan.
Alat
berorientasikan objek
o Elemen
multimedia/adegan menjadi objek dalam bentuk hirarki.
o Mesej
dihasilkan menerusi arahan/penerangan yang telah sedia ada.
o Antara
jenis alat pengarangan tersebut
ialahmTropolis (macintosh/windows),Quarklmmedia (macintosh/windows)
& MediaForge (windows).
Contoh
alat pengarangan jenis alat berasaskan masa :
Contoh
alat pengarangan jenis alat berorientasikan objek
12.2 Menggunakan
Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah
membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat
pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati
dengan melayari :
·
docs.google.com/
Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
Aplikasi
· Guru memberi satu tajuk karangan dan
mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan
tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui.
tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui.
12.3 Aplikasi
Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan
bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh
mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut
ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian
No comments:
Post a Comment