Thursday, 20 September 2012

TAJUK 2 : MENGGUNAKAN INTERNET , ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


TAJUK 2       : MENGGUNAKAN INTERNET , ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

2.1   Mengumpul dan Mengkategorikan Bahan Audio, Video, Grafik dan Teks


1.BAHAN AUDIO
     Bahan audio dapat digunakan sebagai bahan rangsangan untuk memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Antaranya dengan menggunakan bunyi - bunyi haiwan ataupun nyanyian kanak-kanak. Tujuannya adalan untuk menjadikan sesuatu p&p itu menarik dan berkesan.

2.BAHAN GRAFIK
Penggunaan grafik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu kaedah yang menarik dan melancarkan rancangan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan beberapa perisian grafik yang mudah, guru dapat menyediakan suatu pembelajaran yang kondusif dan memberi impak yang berkesan kepada pencapaian dan tumpuan murid – muridnya didalam bilik darjah.
Contoh 1:
Penggunaan perisian power point dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam menyediakan set induksi yang menarik dan berkesan. Guru dapat membina sendiri set induksi yang diingini mengikut keperluan dan tahap kefahaman murid – muridnya. Perisian ini bagus digunakan bagi mengguji kemahiran lisan.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEz0SMJN6aCiO3FArgN6WwSf_DAAxWmjc0hdOUsnE30K7X8ldQuHuKmDcZP1jXpCOAMqb0GO9X0yf3MeoARexUD3ndJDieHKigsvuZVRJz2PTqPIQP3nNayDZQf8eXZpLppss4cq_Tvpk/s320/cool-powerpoint-backgrounds.jpg
Contoh 2:
Perisian publisher merupakan perisian yang sesuai untuk membuat projek atau latihan penggayaan namun kurang sesuai digunakan oleh murid kerana perisian ini memerlukan kemahiran penerokaan yang luas dan mengambil masa yang panjang. Namun guru dapat menggunkannya bagi menghasikan bahan pengajaran yang berbentuk ilmiah seperti poster, kad ucapan, kulit buku dan lain – lain. justeru ia dapat menjadi sumber pengajaran dan pembeljaran tambahan selain buku teks.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8LXqofllwUJWwVbAtbvIscXABaJk7B2RcY-MYtJBSTPdGFl21gY0awyivRBHkbXJVw_UTrsOAzcZlTpGL7Cicvnne8RGy2Q_jH2kdaFdsogGhy9M0G3rffDw7bmhCBqD1wP4vAiefrLg/s400/publisher.jpg
Contoh 3
Perisian Paint atau mewarna merupakan perisian yang sesuai digunakan untuk melatih motor halus murid – murid selain membantu mereka yang mengalami masalah pengamatan melalui warna.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1aELeBKn8YoaArER5rvh8ynla_jUJx4BiTFwxfRpan8C7WLUT1eB-mKFa2gapXERoI2hWCXSrnttR5v-gnlozlNvX90AkthNS6TCGXcBeF_S7d-vmC_MXu9DGAGOIlilI6kHhQc0_r0Q/s320/paint.jpg

                                   
Contoh 4
Perisian excel jarang digunakan oleh guru – guru di sekolah terutama guru bahasa namun perisian ini masih boleh digunakan dengan menggabungkan mata pelajaran Matematik ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru dapat menggunkan perisian ini untuk melatih kemahiran menulis murid dengan mengubahsuai kegunaannya dalam bidang mengarang/karangan.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKtUOxdOZCeErucbn2UT2HggZffAk6pGaIB0ocBKe7ZQ_i5Ox3ws3NcY79wDO2sNtk9dsiL69DlXUnzEYp_6nljcVz02dih03yfxhXf5nCdEequajlHoCOv8yH0FNU_2iAwEkeouRNJ1I/s320/excel_large.gif
Contoh 5
Perisian Smartart boleh dijumpai dalam perisian Microsoft Words. Fungsi Smartart ialah untuk mengurangkan penggunaan perkataan selain memudahkan kefahaman murid sewaktu membaca paparan yang ditunjukan oleh guru.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEDI-B-GYDvhI9wLPe4HXMHEr-ObnwwVKkeSpzqjGWeyydiDJsYqMDVRKsD8-Jsy3FPjW6b1zRZUyPUKn0dhJoAZhnX9CR5Z9LfTbCpb1PoLRf1co_jsnSi_2f-PkNcR_veSizXPT6xB8/s320/Smartart_Graphic_Purposes___List_Show_Nonsequential_Information.PNG

Contoh 6
Selain itu, untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif guru dapat menggunakan kemudahan Clipart atau Animation Cartoon untuk menarik minat murid supaya tidak mudah bosan.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR7IuCY9BKWq0K0iqZhgzV7E3wtovBM-d7AzCNGp28tlnwlJpiozIiTLRtXivz22qkjzr24gGcpGipdbsmrFEK4khwoaMIV5MGyhowDinumcN3IodKhUAaWDq-wWpw4gUarzdRA3d6vQE/s320/clipart.jpg
Contoh 7
Menggunakan TextBox yang berwarna dan berbagai bentuk dapat memudahkan pembacaan dan penerimaan ilmu dalam kalangan murid dengan lebih  teratur dan berkesan. Guru dapat menggunakan kemudahan ini sewaktu memberikan lembaran kerja kepada murid untuk menguji kemahiran menulis mereka mengikut tahap dan kesesuaian IQ murid tersebut.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFJSm7VUhRtBouIle_fU4d7Ei9UCNS-eE1XYpYZX7E-d-EhRlOIHfzRk1PB0dQzkiAaHzEwFThIK92DhzwXHHqIcTBFlZduNPhxLAMouVIX3l1U1qKcIQ2fqY1uHm75QgFxPwb72kplDM/s320/tx.jpg
Contoh - contoh Gambar Grafik yang boleh digunakan guru sewaktu sesi set induksi bagi menjadikan rancangan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih MENARIK!!
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyOGLPjS2EkaG0M6uEPrnfb_M-6FVT1XqWkSBhtZSZM4fmcTlG7LQAybW7fKiJ2AX3m7KeGwXUhREa0BUYJALchhu325m9gPXkCjs9IUpN2YjEIp_UmbwaTGpUjJiYBohqg9EydeDZfgE/s1600/car_13.gif

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizcK5Sd3q6uPXYCCkCe4OtHkL9hXI4OOaWC0RdfLmCOsY7Tc7lP52qaH57f6qP3NpO-n-lThyH-GUWkN9M2DkKeqTol-OzqgnGInIReF-L26JajCFjDmtVAWVAoLke0tBxc-l86VjMi6o/s1600/train4.gif

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6xDc3-0p-2nWM1eb2uuPsICSPZDfTs-vHH7eDj9GN6e_5bnleLxP7BMc7ixbqLMC8ALY9r_z1aDakcBQ6m9TxAt_GR_TzoAeJtHtnNFoS8zOzFjzZm6oRpKDzVzX0gmIR4ccWb9V0sEg/s1600/farm_5.gif
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiN9sUQw4UyM3Od85CkCbRqJrJNrzp5zHtzXcTS0p_Ex7OFWBib2GIdSQBoJCHVM3fmru33TgPYnjIzEA5QXgF4vcMUxx5EDEzlAwy75B7wtLXSwYJlhVcZfa5oR4t2cqM73Iyc7D4y0Tg/s1600/imagesCA7X5CYJ.jpg
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnOmSQTJpnbFm-iEqlXWR_x7NWWVMH7YRI3pW24TdgVZAoDkcQhnOUqgCl66HiQzfyKnqPnMSHO0_UYJa4Eh0H_DVEkE8yPOZoaNnEzYWLYaIjH4kMoV-IgcoWElR36XfnoRLlMgH1Jkw/s1600/StudentB3.gif
3.BAHAN TEKS

Teks merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam menggabungjalinkan kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid. Justeru pemilihan teks yang menarik dan mudah perkataannya penting mengikut aras dan kemampuan kognitif mereka. 

Contoh Teks:

Cerita Sang Kancil Dengan Buaya
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya.
 Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya.
Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya.
Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".
          Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
         Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.........

 Diceritakan semula oleh:
Muhammad Haiqal Bin Mohd Halim
1 Gigabait (2008)
CERITA KANAK-KANAK

Tahun: Tahap 2.
 (Tema: Karangan Bibliografi )
Si Buah Cempedak
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Begitulah saban hari si cempedak mendengar namanya disebut-sebut kanak-kanak
kecil
sebagai sebagai lagu dalam pantun. Namun, nasib cempedak ini tidaklah begitu baik. Baru berbuah, habis ditebuk haiwan. Kerana itu, habis bahagiannya ada yang busuk.
“Mengapa begini nasib diriku? Sia-sia saja berbuah, tapi rosak dimakan binatang. Aku mahu
manusia memakanku. Mereka memang menggemarkan aku. Sebab itulah mereka selalu menyebut namaku.” kata si cempedak seorang diri.
Lalu secara tiba-tiba, dia disapa seekor semut.
“Mengapa dengan kau ni? Ko mengeluh atau kau memintanya?”
Jawab si cempedak “sudah tentu aku mengeluh. Aku mahukan manusia memakan aku.”
“Mengapa perlu begitu? balas si semut.
“Sememangnya aku mahu disanjung tinggi dan sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan buah yang ada pada pandangan manusia” kata si cempedak itu lagi.
Semut mendiamkan diri dan menggelengkan kepala.
“Aku mahu namaku tetap menjadi sebutan. Lagi pun memang aku ini hanya layak dimakan oleh manusia sahaja.” sambung si cempedak.
“Kau tak berhak untuk berkata begitu” si semut menyampuk.
Tidak disangka-sangka, si cempedak merasa marah. Lalu dia mengherdik si semut.
“Berani engkau berkata begitu kepada aku. Aku berhak keatas diri aku sendiri dan akulah yang menentukan siapa yang layak memakan aku”
Si semut semakin menghampiri si cempedak.
“Awaslah dengan petah bicaramu wahai cempedak. Engkau dijadikan untuk semua makhluk-Nya dimuka bumi ini. Maka, Dialah yang lebih berhak menentukan siapa yang layak untuk memakanmu” si semut cuba untuk menasihati cempedak. Si cempedak diam seketika. Namun, tiba-tiba bersuara lagi..........







Dua Orang Pengembara dan Seekor Beruang

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigN_tkG_kXRHIjTogS1XYXDgH9qrk99t0F0-5dRmkI7j8IrOwgZyVEz_-Kt_ECvRVSaTW7G1SxMXz-TSul9IBiqRoBJbN1Lug3hLgSJ4FlhKKH9bAwGklRu8hGpN7bzwyxWTN67jrF9y8/s320/59-dua-orang+pengembara-dan+seekor-beruang.jpg

Dua orang berjalan mengembara bersama-sama melalui sebuah hutan yang tebal. Tiba-tiba seekor beruang yang sangat besar keluar dari semak-semak berhampiran dengan mereka.
Salah seorang pengembara, hanya memikirkan keselamatannya dan tidak menghiraukan sahabatnya yang lainnya. Dia memanjat sebuah pokok yang berada dekat dengannya. Sahabatnya pula, berasa tidak mampu berlawan dengan beruang yang sangat besar itu sendirian. Dia berpura – pura menidurkan dirinya  di tengah  tanah , seolah-olah dia telah meninggal. Dia sering mendengar bahawa beruang tidak akan menyentuh haiwan atau orang yang telah meninggal.
Sahabat  yang berada atas pohon tidak berbuat apa-apa untuk menolong  pengembara yang berbaring di tanah itu. Entah hal ini benar atau tidak, beruang itu mengendus-endus di kepalanya, dan kelihatannya puas bahwa korbannya telah meninggal. Lalu beruang tersebut pun berjalan pergi.
Pengembara yang berada di atas pohon kemudian turun dari persembunyiannya.
"Kelihatannya seolah-olah beruang itu membisikkan sesuatu di telingamu," katanya. "Apa yang di katakan oleh beruang itu"
"Beruang itu berkata," kata pengembara yang berbaring tadi, "Tidak bijaksana berjalan bersama-sama dan berteman dengan seseorang yang membiarkan dan tidak menghiraukan temannya yang berada dalam bahaya."

Kemalangan dapat menguji sebuah persahabatan.


4.BAHAN VIDEO
Pengenalan :
                       Video merupakan antara bahan bantu mengajar yang paling berkesan untuk menarik minat serta tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik darjah.
            Kegunaan video ialah menjadi set induksi sebagai pengenalan kepada tajuk pembelajaran atau bahan rangsangan untuk percambahan idea ketika mengarang karangan ataupun bahan bacaan elektronik yang dapat menggantikan buku teks dan lembaran – lembaran kerja.
            Penggunaan video akan menjadi menarik dan berkesan jika disusun mengikut sukatan pelajaran dan tahap penguasaan murid.
Panduan penggunaan video – video pilihan:

1.    Video boleh digunakan sebagai pembuka sesi pengajaran dan pembelajaran untuk membina pengetahuan sedia ada murid sebelum sesi p&p bermula.
2.    Video juga dapat diguna pakai untuk membina kemahiran lisan murid dengan menayangkan cerita pendek yang mudah difahami oleh murid.
3.    Selain itu, menggunakan video untuk menguji kemahiran membaca murid dengan memasukkan seni kata yang boleh diujar oleh murid – murid.
4.    Menggunakan kaedah ayat bercantum atau membina ayat ataupun mengisi tempat kosong dengan memaparkan jawapan ataupun teks melalui video yang dapat dirujuk dan di tontoni oleh murid.
5.    Video juga boleh menjadi bahan rangsangan tambahan dengan melaksanakan aktiviti permainan seperti lakonan semula babak atau dialog seperti dalam video yang ditayangkan.
6.    Akhir sekali, guru dapat menggunakan video sebagai bahan penutup sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun sebagai hadiah dan pujian kepada murid setelah berjaya 


2.2       Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

Pengumpulan bahan kebiasaannya bertujuan untuk mengadakan sesuatu pengajaran. Setiap pengajaran haruslah berteraskan kepada 4 kemahiran bahasa iaitu:
i. Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)
ii. Kemahuran membaca
iii. Kemahiran Menulis
Empat Proses Utama Dalam Model Pemprosesan Maklumat
·         Pengenkodan
·         Penyimpanan
·         Mengigat Kembali
·         Lupaan
Ø  Fasa Penyimpanan- Kod Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.

Ø  Fasa Mengingat Kembali- Mencari Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.
Ø  Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory') Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Lupaan dalam Ingatan Panjang ('Forgetting') Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan.
1) Teori Reputan ('Decay Theory') Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa.
2) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory') Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu.
3) Teori Gangguan ('Interference Theory') Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat Perakam Deria ('Sensory Register') Maklumat diterima melalui perkam deria visual, perkam deria auditori, perakam deria hiduan, perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan. Sperling (1960) dalam kajian memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4 hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds). Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketika mengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasiti perkam deria adalah besar dan tidak terhad. Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:
1)    Pengetahuan Deklaratif a) Memori Semantik b) Memori Episodik. 2) Pengetahuan Prosedural 3) Imageri Pengetahuan Deklaratif ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh: Ciri-ciri iklim monsun tropika -- memori semantik Saya terjatuh semalam -- memori episodik Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan

2)    jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai
3)    suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.
Respons kepada pertanyaan "Are canaries yellow?" lebih cepat berbanding dengan pertanyaan "Do canaries have skin?". Ini ialah kerana maklumat "yellow" terletak dekat dengan "canaries" manakala maklumat "skin" terletak jauh bersama dengan ciri-ciri "animals" (lihat rajah TLC dalam webiste berikut) Baca artikel ini bertajuk "Semantic Memory" yang menerangkan model TLC. Juga klik kepada 2 rajah yang menjelaskan model dan graf yang menunjukkan kadar respons subjek. Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesutu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar. Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan tingkap di rumah kamu? Secara tidak langsung kamu akan cuba membayangkan diri kamu sedang berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi lain sambil mengira bilangan tingkap. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan di rumah kita yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. http://www.learningdomain.com/cognitivism2.html
Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
Ingatan Jangka Panjang ('LongTerm Memory')
Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat 

No comments:

Post a Comment