TAJUK
10
PENGAJARAH DAN PEMBELAJARAN SECARA BILIK
DARJAH MAYA
·
Membentangkan
hasil kerja antara institut
·
Melaksanakan
interaksi antara pelbagai institut
10.1 Pengenalan
Pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang
menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan
ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara
tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat
murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.Memasukkan unsur video di
dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan
bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh
digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:
i. Secara terus dengan menggunakan video
digital
ii. Tetingkap
video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita
video.
iii. Tetingkap
video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video
yang sesuai.
Bentuk video
Analog
Video
analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan
rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang
dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap
iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)
Digital
Video
digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang
mungkin dimampatkan
Audio
Audiomerupakan
bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik,
suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau
kesan audio istimewa.
Membantu
meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan
suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin
dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian
persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu
isi persembahan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
Kita
perlu membuat penilaian/keputusan yang tepat tentang bahan audiovisual yang
boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan
bahan audiovisual perlulah memenuhi kriteria berikut:
i.
Kandungan maklumat
•
Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan
ii.
Carrier/kandungan
•
mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita)
dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang
dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat
kandungannya dan kehilangan maklumat yang paling minimum.
iii.
Nilai estetika kandungannya
•
Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat
pengguna
iv.
Kualiti
•
Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.
v.
Kelangsungan hayat
•
Bahan yang dibina mampu bertahan lama da n mudah dipelihara agar dapat diakses
dalam jangka masa panjang.
vi.
Pendokumentasian
•
Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan,
penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audiovisual.
Prinsip pembinaan video pengajaran dan pembelajaran bahasa
melayu
Pendedahan
kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan
multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu
teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan
bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
I.penggunaan
elemen teks
II.penggunaan
elemen grafik dan visual
III.penggunaan
elemen audio
IV.penggunaan
elemen video
V.Penggunaan
elemen animasi
Penggunaan elemen teks
Dalam
menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses
penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan
gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting
dalam menyampaikan P&P.
•
Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
•
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
•
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
•
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran
(murid) dan suasana persembahan.
•
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik
merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik
merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu
proses penyampaian maklumat.
i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan
kumpulan sasaran.
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh
sensitiviti kaum atau agama.
iii.
Pilih kategori grafik yang sesuai
dengan keperluan tugas.
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian
dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh
digunakan tanpa masalah pada sistem
berkeupayaan
rendah.
vi.
Hanya maklumat penting yang diisi di dalam grafik ini.
Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran
mendengar, bertutur dan membaca
Perisian
Audio
•
Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas
dan lain-lain.
•
Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder (sedia ada dalam Microsoft
Windows)
•
Menyediakan kemudahan - merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh
ditmbahkan kepadanya.
No comments:
Post a Comment